I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 24, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (Pembelajaran) SK SRI LAKSAMANA

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS SK SRI LAKSAMANA

Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) di Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana bermula pada bulan Disember 1993. Pada mulanya kelas ini menumpang di bangunan Melati bertempat di Kelas Satu Ceria(pada masa ini). Pada peringkat awal, bilangan murid adalah seramai 11 orang dan guru pula seramai 3 orang. penyelaras pertama yang mengendalikan program ini ialah En. Jahari bin Ahmad.

Pada bulan Januari 1996, sebuah bangunan yang mempunyai kelengkapan sepenuhnya telah didirikan di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Pada bulan Disember 2003, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) di SK Sri Laksamana menerima peruntukan tambahan berupa sebuah bilik darjah yang diubahsuai menjadi 2 buah bilik darjah. Pada bulan Oktober 2006, program ini menerima peruntukan ubahsuai bangunan sebanyak RM20,000.00 dan peruntukan peralatan pengajaran dan pembelajaran sebanyak RM10,000.00 di bawah peruntukan RMK-9. Ubahsuai yang dilaksanakan merupakan bilik masakan, dua buah tandas dan sebuah bilik mandi.

Pada tahun 2007, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) di SK Sri Laksamana mempunyai 6 buah bilik darjah (diubahsuai menjadi 7 buah bilik darjah), sebuah bilik masakan, dan sebuah bilik mandi serta dua buah tandas. Bilik-bilik darjah sedia ada telah diubahsuai menjadi bilik darjah dan bilik khas. Bilik-bilik tersebut ialah Bilik darjah Murni 4 adalah juga merupakan Bilik Bahasa(Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Bilik darjah Murni 3 adalah juga merupakan Bilik Matematik, Bilik darjah Murni 5 adalah merupakan Pengurusan Diri dan Bilik darjah Murni 2 bergabung dengan Bilik darjah Murni 1. Selain itu, bilim darjah Murni 2 juga adalah merupakan Bilik Kemahiran Hidup. Pada Disember 2007, semua bilik-bilik ini telah dinaik taraf pada bahagian lantai (pasang tile).

Namun pada tahun 2010, atas keperluan semasa Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) di SK Sri Laksamana yang tetap mempunyai 6 buah bilik darjah (diubahsuai menjadi 8 buah bilik darjah, sebuah bilik masakan, sebuah bilik mandi dan 2 buah tandas. Sebuah bilik darjah diubahsuai menjadi Bilik Guru kerana ketidaksuaian guru berada dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh guru lain. Bilik-bilik darjah sedia ada telah diubahsuai menjadi bilik darjah dan bilik-bilik khas. Bilik-bilik tersebut ialah Bilik darjah Murni 5 bergabung dengan bilik darjah Murni 8 adalah juga Bilik Bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Bilik darjah Murni 3 yang bercantum dengan Bilik Darjah Murni 1 adalah juga merupakan bilik Matematik,Bilik darjah Murni 4 adalah juga merupakan Bilik Pengurusan Diri dan Bilik Darjah Murni 2 bergabung dengan Bilik Darjah Murni 1. Selain itu, bilik darjah ini juga adalah merupakan Bilik Kemahiran Hidup dan Sains.

Pada tahun 2010 PPKI(P) SK Sri Laksamana mempunyai bilangan murid seramai 42 orang, Seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Guru Pendidikan Khas Integrasi (GKPI) seraamai 12 orang, Guru Tambahan Pendidikan Islam seramai 2 orang dan seorang guru j-QAF dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) pula seramai 4 orangditempatkan di program ini.

Terdapat 8 kategori murid yang belajar di kelas ini iaitu :
a) Bermasalah Pembelajaran - 24 orang
b) Disleksia - 5 orang
c) Terencat Akal - 4 orang
d) Sindrom Down - 4 orang
e) Hiperaktif - seorang
f) Autisme - seorang
g) Masalah Pendengaran Ringan - seorang
h) OT/Lain-lain Kecacatan - 2 orang

Manakala bilangan kelas ialah 8 buah iaitu Murni 1 hingga Murni 8. Ketika ini terdapat 3 orang murid mengikuti Pendidikan Inklusif secara sepenuh masa di tahun 4 dan 6


VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana menjadi sekolah TERBILANG 2015.



VISI PENDIDIKAN KHAS SK SRI LAKSAMANA

Program Pendidikan Khas Integrasi(Pembelajaran) SK Sri Laksamana, menjadi program TERBILANG menjelang tahun 2015


MISI SEKOLAH


Ke arah merealisasikan visi SKSL kami warganya akan;

Menberikan pendidikan berkualiti kepada warga Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana dalm persekitaran yang kondusif melalui pengurusan yang cekap serta menjalin hubungan komuniti yang mantap bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Negara.


MISI PENDIDIKAN KHAS


Ke arah merealisasikan visi PPKI(P) SK Sri Laksamana, kami warganya akan:

Memberikan pendidikan yang berkualiti, efektif dan relevan kepada murid istimewa selaras dengan ketetapan Sukatan Pelajaran dan keupayaan fizikal serta mental murid-murid melalui pengurusan yang cekap bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas serta Wawasan Negara.

0 comments:

Post a Comment