I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 25, 2010

PIAGAM PELANGGAN PENDIDIKAN KHAS

Kami warga Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan usaha kami untuk;


A. MURID


1. Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti kepada setiap murid secara
adil dan saksama.

2. Memastikan semua murid yang mendaftar di sekolah ini mendapat tempat dan
kemudahan belajar yang sesuai.

3. Memastikan semua murid yang layak menerima buku teks sebelum sesi persekolah
bermula.

4. Memastikan semua murid yang layak diberi peluang menyertai aktiviti kokurikulum.

5. Memastikan murid merasa selesa, seronok dan selamat.


B. STAF

1. Urusan perlantikan staf baru/pembayaran gaji guru berpindah dibuat baik sebaik
sahaja surat tawaran/surat pindah diterima.

2. Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalam bidang masing-masing.

3. Memastikan semua guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama.


C. IBU BAPA/PENJAGA

1. Ibu bapa/penjaga dipanggil berbincang berkaitan kes-kes salah laku murid.

2. Menyelesaikan urusan dan layanan mesra kaunter selewat-lewatnya 15 minit.

3. Sebaran maklumat mengenai aktiviti murid akan dibuat melalui surat siaran yang
diberikan kepada anak masing-masing.

4. Tidak ada halangan birokrasi untuk bertemu pentadbir.


D. STAKE HOLDER

1. Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD/JPN/KPM mendapat tindakan
dalam tempoh 3 hari.

* Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi sila terus
berjumpa Guru Besar atau hubungi melalui talian 06-3841366.

0 comments:

Post a Comment