I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 15, 2011

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ) PENDIDIKAN KHAS 2011 PERINGKAT ZON MASJID TANAH



Pada 23 dan 24 Februari yang lalu, 15 orang murid PPKI(P)SKSL telah menyertai beberapa acara dalam pertandingan Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas peringkat Zon Masjid Tanah. Pertandingan tersebut berlangsung di SMK Lubok Cina.

Antara acara yang disertai oleh murid PPKI(P) SKSL ialah :
1) Pertandingan Azan kategori Junior
2) Pertandingan Khat kategori Junior (Lelaki dan Perempuan)
3) Pertandingan Nasyid Terbuka
4) Pertandingan Tilawah dan Hafazan al-Quran kategori Junior (Lelaki dan Perempuan)

Peserta dari PPKI(P) SKSL telah memenangi 3 acara seperti berikut:
1) Pertandingan Azan kategori Junior - dimenangi oleh adik Muhammad Shahir bin Sani
2) Pertandingan Khat kategori Junior (Lelaki dan Perempuan)
- Lelaki = dimenangi oleh adik Muhammad Hafis bin Mohd Sani
- Perempuan = dimenangi oleh adik Nur Atikah bt Ruslan
3) Pertandingan Nasyid Terbuka


Syabas dan Tahniah kepada murid yang telah memenangi dalam acara yang dipertandingkan dan syabas kepada murid yang telah bersungguh-sungguh untuk menyertai acara-acara yang telah dipertandingkan.

~ SKSL BOLEH ~

HARI KUALITI 2010 PERINGKAT NEGERI MELAKA

KENANGAN BERSAMA BEKAS GPK PEND KHAS SKSL, PN HJH SITI HAMIDAH BT SELAMAT (dua dari kanan).


WARGA SKSL (dari kiri Cik Noor Shida, Pn. Suhailawati-Guru Kelas Pemulihan SKSL, Pn Hjh Norzaini Abu Hassan, En Hamzah b. Othman- GURU BESAR SKSL, Adik Muhammad Arif b. Abdullah-Tokoh Murid Harapan Sek Ren Kategori Diklesia, Pn Hjh Siti Hamidah bt Selamat - bekas GPK P.Khas SKSL dan Pn Zaiton Mohamed)

KENANGAN BERSAMA KETUA UNIT P.KHAS (dari kiri En. Aziz bin Lani), dan Ustaz Yahya bin Mad Tap( dua dari kanan)



Tuesday, November 9, 2010

ANUGERAH HARI KUALITI PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2010

Program Pendidikan Khas Integrasi(Pembelajaran) SK Sri Laksamana telah menerima 5 anugerah kecemerlangan sempena " Hari Kualiti Peringkat Negeri Melaka" yang telah diadakan pada 15 Oktober 2010 bertempat di Dewan Bestari, Bukit Baru, Melaka.


Antara anugerah yang diterima oleh PPKI(P) SK Sri Laksamana ialah


  1. Anugerah Program Penanda Aras Bagi Kategori Kecemerlangan
    Bilik Darjah PPKI(P) SKSL.
  2. Anugerah Program Penanda Aras Bagi Kategori Kecemerlangan Pengurusan dan Pentadbiran PPKI(P) SKSL.
  3. Anugerah Program Penanda Aras Bagi Kategori Kecemerlangan 3K ( Kebersihan, Keselamatan, Keselamatan ) Darjah PPKI(P) SKSL
  4. Naib Johan Kategori Kecemerlangan Kemahiran Hidup Program Pendidikan Khas.
  5. Angerah Tokoh Murid Harapan Sekolah Rendah Kategori Disleksia - MUHAMMAD ARIF BIN ABDULLAH.

Monday, August 30, 2010

1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI





SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53

Barisan Pentadbir SK Sri Laksamana

Barisan Guru PPKI(P) SK Sri Laksamana 2010