I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 9, 2010

ANUGERAH HARI KUALITI PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2010

Program Pendidikan Khas Integrasi(Pembelajaran) SK Sri Laksamana telah menerima 5 anugerah kecemerlangan sempena " Hari Kualiti Peringkat Negeri Melaka" yang telah diadakan pada 15 Oktober 2010 bertempat di Dewan Bestari, Bukit Baru, Melaka.


Antara anugerah yang diterima oleh PPKI(P) SK Sri Laksamana ialah


  1. Anugerah Program Penanda Aras Bagi Kategori Kecemerlangan
    Bilik Darjah PPKI(P) SKSL.
  2. Anugerah Program Penanda Aras Bagi Kategori Kecemerlangan Pengurusan dan Pentadbiran PPKI(P) SKSL.
  3. Anugerah Program Penanda Aras Bagi Kategori Kecemerlangan 3K ( Kebersihan, Keselamatan, Keselamatan ) Darjah PPKI(P) SKSL
  4. Naib Johan Kategori Kecemerlangan Kemahiran Hidup Program Pendidikan Khas.
  5. Angerah Tokoh Murid Harapan Sekolah Rendah Kategori Disleksia - MUHAMMAD ARIF BIN ABDULLAH.