I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 30, 2010

1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI





SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53

Barisan Pentadbir SK Sri Laksamana

Barisan Guru PPKI(P) SK Sri Laksamana 2010

Pembantu Pengurusan Murid SK Sri Laksamana

Carta Organisasi PPKI(P) SK Sri Laksamana

CARTA ORGANISASI PPKI(P) SKSL 2010

GURU BESAR SKSL
EN. HAMZAH B. OTHMAN

GPK 1
EN.ARSHAD B. MOHAMAD SOM

GPK HEM
PN. RABEAH BT. JAMALUDIN

GPK KOKURIKULUM

EN. LEE YOU MENG

GPK PEND.KHAS
PN. HJH. SITI HAMIDAH BT. SELAMAT

PENYELARAS PPKI(P)
CIK KUZIANA BT KUBUT

PENOLONG PENYELARAS
PN. JENNIFER TAN MEI YEN

GURU UNIT KURIKULUM PPKI(P)
PN. HJH. NORZAINI BT ABU HASSAN
PN. HARTINI BT. AHMAD
PN. MURNIZAWATI BT. JAHAYA

GURU UNIT HEM PPKI(P)
EN. LAILY B. JOHARI
CIK NOOR SHIDA MUHAMAD ZIN
CIK RUQAYYAH BT JAMIL


GURU UNIT KOKURIKULUM PPKI(P)
PN. AISHAHTUL IMAN BT. MUHD RAMLI
EN. MOHD HARIZUN B. MOHAMAD
CIK NORAINI BT ZAMMERI


GURU UNIT PROJEK KHAS&PEND. KEKERJAYA PPKI(P)
PN. ZAITON BT. MOHAMED
PN. NOR MARINIEE BT MD DALI
PN. FARIDAH BT MOHD YUSOFF


GURU UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSL
PN. MIMI ZAIROL BT M.MOHAIDIN
PN. ROZALINI BT. MOHAMED

GURU PROGRAM PEMULIHAN
PN. SUHAILAWATI BT JURITAH

GURU PROGRAM LINUS
PN. ZAIMAHANI BT. SAID

PPM PPKI(P)
PN. ZAINON BT. BAHARUM
PN. ASIAH BT ZAINADIN
PN. SAZLINA BT MOHAMED
PN ROSNIAZINI BT YUSOFF

Sunday, August 29, 2010

Kem Motivasi Di Pusat Bioderversiti, Lancang, Pahang (23-25 julai 2010)..berkobolarasi dengan SMK Ade Putra, Masjid Tanah,Melaka.

Terapi Renang Kali Ke-8 Di Kemunting Beach Resort pada 22 Julai 2010

Program Sehari Di Hotel Seri Malaysia, Melaka.(Sambutan Hari Jadi Perdana Fasa 1 dan Pelancaran Buletin Murni Edisi 2 pada 03 Jun 2010

Program Lawatan Terapi Tingkah Laku Ke Zoo Melaka, Kampung Buku Melaka dan Jaya Jusco Melaka pada 20 April 2010

Aktiviti PPKI(P) SKSL sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2010

>BULAN JANUARI 2010span>

1. Program "Back To School" anjuran Puteri UMNO Melaka
2. Amali Solat Dhuha (Jumaat)
3. Terapi Tingkah Laku dan Lawatan SB ke SK Ujong Pasir
4. Titisan Ilmu-Penggunaan Video dalam P&P
5. Kokurikulum Pengakap Istimewa dan Kelab Muzik&Kebudayaan- dwimingguan
6. Minggu Matematik
7.Program Bakat Istimewa
10. Program Atlit Terbilang
11. Seindah Pelangi
12. Guru Cemerlang Murid Terbilang- Perkembangan Staff Penggunaan Alat Muzik
13. Terapi Air
14. Kawad Kebakaran
15. Mesyuarat Guru Bersama Pentadbir 1/2010
16. Perlantikan Pengawas&Ketua Darjah
17. Program Anakku Gemilang & Mesyuarat Agung Badan Kebajikan
18. Titisan Ilmu-Jahitan
19. Sehari di Tanjung Bidara
20. Mesyuarat Kewangan PPKI(P)
21. Minggu Kemahiran Hidup
22. Kem Bestari Solat
23. Minggu Sains
24. Mesyuarat Guru PPKI(P)
25. Terapi Tingkah Laku dan Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Melaka, Kg Buku, dan Jaya
Jusco.
26. Minggu Usahawan Muda
27. Sehari di Hotel Seri Malaysia, Hari Jadi Perdana Fasa 1 dan Pelancaran Buletin
Murni Edisi 2.
28. Cerdas minda..Kasih Guru&Keluarga & Program Anaku Gemilang.
29. Program Bersih Indah.
30. Kem Motivasi di Pusat Biodeversiti Lanchang, Pahang berkobolarasi bersama
PPKI(P)SMK ADE PUTRA,Masjid Tanah.
31. Terapi Tingkah Laku & Lawatan Sambil Belajar ke al-Falak Khawarizmi.
32. Minggu Pendidikan Islam
33. Terapi Tingkah Laku & Lawatan Sambil Belajar ke Kelantan&Terengganu

Saturday, August 28, 2010

SENYUM('',)

Wednesday, August 25, 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, FALSAFAH SEKOLAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

A. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat.


B. FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di sekolah ini adalah satu usaha yang bersungguh-sungguh dari seluruh ahli pendidik serta kakitangan lain mewujudkan sistem pendidikan yang menyeluruh menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


C. FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

PIAGAM PELANGGAN PENDIDIKAN KHAS

Kami warga Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan usaha kami untuk;


A. MURID


1. Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti kepada setiap murid secara
adil dan saksama.

2. Memastikan semua murid yang mendaftar di sekolah ini mendapat tempat dan
kemudahan belajar yang sesuai.

3. Memastikan semua murid yang layak menerima buku teks sebelum sesi persekolah
bermula.

4. Memastikan semua murid yang layak diberi peluang menyertai aktiviti kokurikulum.

5. Memastikan murid merasa selesa, seronok dan selamat.


B. STAF

1. Urusan perlantikan staf baru/pembayaran gaji guru berpindah dibuat baik sebaik
sahaja surat tawaran/surat pindah diterima.

2. Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalam bidang masing-masing.

3. Memastikan semua guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama.


C. IBU BAPA/PENJAGA

1. Ibu bapa/penjaga dipanggil berbincang berkaitan kes-kes salah laku murid.

2. Menyelesaikan urusan dan layanan mesra kaunter selewat-lewatnya 15 minit.

3. Sebaran maklumat mengenai aktiviti murid akan dibuat melalui surat siaran yang
diberikan kepada anak masing-masing.

4. Tidak ada halangan birokrasi untuk bertemu pentadbir.


D. STAKE HOLDER

1. Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD/JPN/KPM mendapat tindakan
dalam tempoh 3 hari.

* Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi sila terus
berjumpa Guru Besar atau hubungi melalui talian 06-3841366.

Tuesday, August 24, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (Pembelajaran) SK SRI LAKSAMANA

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS SK SRI LAKSAMANA

Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) di Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana bermula pada bulan Disember 1993. Pada mulanya kelas ini menumpang di bangunan Melati bertempat di Kelas Satu Ceria(pada masa ini). Pada peringkat awal, bilangan murid adalah seramai 11 orang dan guru pula seramai 3 orang. penyelaras pertama yang mengendalikan program ini ialah En. Jahari bin Ahmad.

Pada bulan Januari 1996, sebuah bangunan yang mempunyai kelengkapan sepenuhnya telah didirikan di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Pada bulan Disember 2003, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) di SK Sri Laksamana menerima peruntukan tambahan berupa sebuah bilik darjah yang diubahsuai menjadi 2 buah bilik darjah. Pada bulan Oktober 2006, program ini menerima peruntukan ubahsuai bangunan sebanyak RM20,000.00 dan peruntukan peralatan pengajaran dan pembelajaran sebanyak RM10,000.00 di bawah peruntukan RMK-9. Ubahsuai yang dilaksanakan merupakan bilik masakan, dua buah tandas dan sebuah bilik mandi.

Pada tahun 2007, Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) di SK Sri Laksamana mempunyai 6 buah bilik darjah (diubahsuai menjadi 7 buah bilik darjah), sebuah bilik masakan, dan sebuah bilik mandi serta dua buah tandas. Bilik-bilik darjah sedia ada telah diubahsuai menjadi bilik darjah dan bilik khas. Bilik-bilik tersebut ialah Bilik darjah Murni 4 adalah juga merupakan Bilik Bahasa(Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Bilik darjah Murni 3 adalah juga merupakan Bilik Matematik, Bilik darjah Murni 5 adalah merupakan Pengurusan Diri dan Bilik darjah Murni 2 bergabung dengan Bilik darjah Murni 1. Selain itu, bilim darjah Murni 2 juga adalah merupakan Bilik Kemahiran Hidup. Pada Disember 2007, semua bilik-bilik ini telah dinaik taraf pada bahagian lantai (pasang tile).

Namun pada tahun 2010, atas keperluan semasa Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) di SK Sri Laksamana yang tetap mempunyai 6 buah bilik darjah (diubahsuai menjadi 8 buah bilik darjah, sebuah bilik masakan, sebuah bilik mandi dan 2 buah tandas. Sebuah bilik darjah diubahsuai menjadi Bilik Guru kerana ketidaksuaian guru berada dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh guru lain. Bilik-bilik darjah sedia ada telah diubahsuai menjadi bilik darjah dan bilik-bilik khas. Bilik-bilik tersebut ialah Bilik darjah Murni 5 bergabung dengan bilik darjah Murni 8 adalah juga Bilik Bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Bilik darjah Murni 3 yang bercantum dengan Bilik Darjah Murni 1 adalah juga merupakan bilik Matematik,Bilik darjah Murni 4 adalah juga merupakan Bilik Pengurusan Diri dan Bilik Darjah Murni 2 bergabung dengan Bilik Darjah Murni 1. Selain itu, bilik darjah ini juga adalah merupakan Bilik Kemahiran Hidup dan Sains.

Pada tahun 2010 PPKI(P) SK Sri Laksamana mempunyai bilangan murid seramai 42 orang, Seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Guru Pendidikan Khas Integrasi (GKPI) seraamai 12 orang, Guru Tambahan Pendidikan Islam seramai 2 orang dan seorang guru j-QAF dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) pula seramai 4 orangditempatkan di program ini.

Terdapat 8 kategori murid yang belajar di kelas ini iaitu :
a) Bermasalah Pembelajaran - 24 orang
b) Disleksia - 5 orang
c) Terencat Akal - 4 orang
d) Sindrom Down - 4 orang
e) Hiperaktif - seorang
f) Autisme - seorang
g) Masalah Pendengaran Ringan - seorang
h) OT/Lain-lain Kecacatan - 2 orang

Manakala bilangan kelas ialah 8 buah iaitu Murni 1 hingga Murni 8. Ketika ini terdapat 3 orang murid mengikuti Pendidikan Inklusif secara sepenuh masa di tahun 4 dan 6


VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana menjadi sekolah TERBILANG 2015.



VISI PENDIDIKAN KHAS SK SRI LAKSAMANA

Program Pendidikan Khas Integrasi(Pembelajaran) SK Sri Laksamana, menjadi program TERBILANG menjelang tahun 2015


MISI SEKOLAH


Ke arah merealisasikan visi SKSL kami warganya akan;

Menberikan pendidikan berkualiti kepada warga Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana dalm persekitaran yang kondusif melalui pengurusan yang cekap serta menjalin hubungan komuniti yang mantap bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Negara.


MISI PENDIDIKAN KHAS


Ke arah merealisasikan visi PPKI(P) SK Sri Laksamana, kami warganya akan:

Memberikan pendidikan yang berkualiti, efektif dan relevan kepada murid istimewa selaras dengan ketetapan Sukatan Pelajaran dan keupayaan fizikal serta mental murid-murid melalui pengurusan yang cekap bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas serta Wawasan Negara.